Thursday, June 25, 2009
Friday, June 19, 2009
Kejayaan pertama Dik Net di sekolah
Dik Net baru berumur lima tahun. Sekarang belajar di Pasti Al Munawwarah, Changkat Sodang. Dia masuk kelas 5 tahun. Tahun lepas belajar selama 3 bulan aje di kelas 4 tahun. Lepas itu tak nak ke sekolah. Pada peperiksaan pertengahan tahun ini dia telah berjaya mendapat semua A dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab,Matematik, Peribadi Muslim, Pendidikan sains Sosial dan Pembangunan Insan, Al Quran , Pelajaran Jawi dan Asas Komputer. Dik Net telah dapat nombor satu dalam kelas dia. Dik Net telah menuntut hadiah anak patung Barney. Dia dah lama berkenankan anak patung itu. Sekarang ini main dengan anak patung barney aje kojenya. Anak patungnya boleh nyanyi. Tapi sekarang dia tak berapa bekenan makan nasi. Dia juga baru nak tumbuh gigi geraham belakang sekali.
Monday, June 8, 2009
Terimakasih Nurse, Doktor, pembantu hospital dan kerani Wad tingkat 11,ppum.
Tuesday, June 2, 2009
Dik Ah dalam kenangan
Dik Ah semasa berada di Wad P6, PPUM pada minggu yang ke 3 selepas seminggu keluar dari wad PICU menara timur. Mama( Farial ) datang menggilirkan Abah yang dah 3 minggu berada bersama Dik Ah.
Abah menemani Dik Ah dari mula dik Ah masuk Wad di PICU Ipoh pada 11 Februari 2008 dan bersama ke PPUM dengan Ambulans terus ke PICU menara timur.pada 13 Februari 2008. Dik Ah seronok sangat bila Mamanya datang.
Hari-hari terakhir Dik Ah
Nurul Nabihah adalah anak ke tiga daripada 4 adik beradik. Kesemuanya perempuan. Panggilan manjanya ialah Dik Ah. Dik seorang anak yang sangat aktif dan manja kepada semua orang yang mengenalinya. Pada Januari 2008, Dik Ah demam. Sesiapa pun tidak menyangka demam yang Dik Ah alami bukanlah demam biasa. Setelah sebulan demam Dik Ah disahkan mengalami Leukimia jenis ALL mature B. Sampel sum-sum tulang diambil di wad PICu oleh Prof Hani dan Dr Shanti untuk dibuat ujian.
Dia bersekolah di SK Seri Iskandar. Sekolah Agama di Sekolah Agama Rakyat Changkat Sodang. Kegemarannya ialah bermain basikal, dan bermain skooter. Rancangan TV kegemarannya ialah Wonder Pet dan Super Inggo. Cd Kegemarannya ialah cerita Barbie serta Upin dan Ipin. Dia teringin nak menonton CD Upin dan Ipin the Geng. Anak patung mainan yang disukai ialah anak patung barbie. Dia ada meninggalkan 2 anak patung barbie terakhir yang dibeli iaitu Liana dan Alexa yang dibeli dua minggu sebelum pemergiannya. Dik Ah juga sangat sukakan Gitar. Diwaktu lapang semasa diHospital dia gemar bermain dam, chess dan dam ular.
Makanan kegemarannya ialah Bihun sup, Bihun goreng merah dan Pizza Makanan Laut. Minuman kegemarannya ialah Air Soya bean, Air bandung dan teh ais. Dik Ah juga suka senaman poco-poco dan suka bermain badminton bersama abahnya. Satu habit Dik Ah ialah sebelum tidur dia mahu badannya diurut. Dia akan sebut "geduk-geduk"sebelum tidur menandakan dia nak tidur dan mahu badannya diurut.
Subscribe to:
Posts (Atom)