Sunday, July 19, 2009

Sukan Dik Net.

Dik Net main bola jaring wakil Pasti Al munawarah Cangkat Sodang. Dia paling tinggi jika dibanding kekawannya umur 5 tahun.













Dik Net menerima hadiah dari Pengerusi Pasti perak Cikgu Hashan, Sekolah PASTInya menjadi Johan zon Seri Iskandar.

Hari ini Dik Net sukan tahunan dapat 2 hadiah aje. Sekolahnya tak menyerlah sangat. Hanya dapat tempat ketiga dari 4 PASTI di Zon Seri Iskandar.

Hari paling sedih bagi dan paling menggembirakan Dik Ah






Dik Ah terlalu sedih sebab Dr tak benarkan dia keluar Hospital walaupun dia Dah sihat tapi dia ak lalu makan dan minum sebab makanan Hospital menjemukan dan tak sedap. Kemera tak bawa pakai telepon kak yung aje dan gambarnya tak boleh cuci.
Hari yang menggembirakan Dik Ah semasa dia berumur 5 tahun pergi ke Cameron Highland.------------------>












hari-hari terakhir dik ah di hospital ipoh.
<------

Batu Nesan baru untuk Pusara Dik Ah



Pusara Dik Ah Lama dan baru..


Mama dan Kak Yung menziarahi kubur Dik Ah

Pusara Dik Ah selepas 1 minit siap dipasang.

Pusara lama Dik Ah



Kubur lama Dik Ah, tanpa batu nesan, cuma nesan buat dari kayu.. dan ditepi letakkan bata.

Thursday, July 16, 2009

Hari yang paling mengembirakan kak ngah.


Hari Jumaat 2009,kak ngah happy sangat because kak ngah dah dapat markah sains percubaan UPSR.Biasenyer kak ngah dapat 'B' tapi hari nih, kak ngah dapat 'A'!!!!!!!.Udahlah dapat'A' dapat markah paling tinggi pulak tuh .Berdouble happy kak ngah .Kak ngah dapat 96% daripada sebelum nih 76% aje.Abah hadiahkan kak ngah kek tapi belum makan lagi tunggu kak yong dan dik net balik.Hari ni kak yong balik hari ahad ni dik net sukan pasti di 'sidek'.

Setakat ini Kak ngah telah berjaya menyahut cabaran abah supaya mendapat lebih 90% dalam semua mata pelajaran Setakat ini Matematik dapat 93% dan Sains 96%.

Tuesday, July 7, 2009


Pada petang ini, Selasa 7 Julai 09. Syarikat Seni Kota memasang batu nisan Dik ah. Pekerja kedai itu sampai ke tanjong pukul 6.15 petang. Pukul 6.35 petang baru siap pasang. Abah pergi ke Tanjong dengan kak ngah. Masa pasang batu nisan itu hujan rintik. Harga satu set batu nisan dan kepuk RM 2000. Batu nisannya warna putih, kepuk juga putih, latar belakang nama Dik ah warna emas. Esok abah akan masukkan gambarnya. Balik dari kubur terus pergi cucuk perut opah. ( Ubat kencing manis ).

Friday, July 3, 2009

Sakit dan kematian....Ujian kami sekeluarga

videoSetahun Dik Ah menanggung penderitaan, Dalam seminggu lima hari kimoterapi, ambil darah dijari dan dilengan dan kadang-kadang pada urat kaki, hanya tuhan yang tahu betapa sakitnya. Jika dr baru yang ambil darah sampai tiga kali cucuk pun tak dapat ambil darah lagi. Abah tahu betapa sakitnya Dik Ah. Abah pernah beberapa memarahi Dr yang bodoh tu. JIka rawatan Di Ipoh terpaksa masuk darah satu pek, masuk platlet dua atau tiga pek. Kalau hari darah Dik Ah ok. Abah rasa sangat seronok tapi terpaksa pula pergi ke PPUM pada petangnya meninggalkan Mama, Kak ngah, Kak Yung dan DIk Nit. Abah dapat merasakan betapa kuat dan tabahnya Dik Ah menghadapi dugaan ini. Apabila Dik Ah demam abah terlalu takut, abah teramat risau, Apabila Dik ah muntah abah yang gementar. Apabila Dik Ah buat IT Triple X abah rasa sangat tertekan, Apabila abah mendengar tangisan Dik Ah, abah rasa serba salah, abah hanya dapat berserah kepada tuhan.Abah tak mampu nak buat-apa-apa. Abah sangat gembira apabila Dik Ah mula bercakap selepas IT. Dik selalu cakap muka abah macam dalam komputer, petak-petak dan Dik ,Ah selalu minta air sirap atau milo atau teh ais. Apabila dik Ah tak mahu makan, abah juga tidak lalu makan. Apabila Dik Ah merasa jemu berada di wad abah cuba sedaya upaya gembirakan dik ah. TV kecil Dik Ah masih lagi abah simpan. Abah tak benarkan sesiapapun menggunakannya. Abah masih lagi teringat bagaimana ceria dan gembiranya Dik Ah apabila Abah bawa TV itu kepada Dik Ah. Dapatlah Dik Ah menonton rancangan kegemaran Dik Ah, Wonder Pet, Doraemon, Ultraman dan CD Barbie. Lukisan pelangi Dik Ah hadiahkan telahpun abah laminate dan akan Abah framekan. Hancur luluh rasanya diri Abah pabila Dr mengatakan penyakit Dik Ah dah tidak ada ubat lagi untuk rawatan dan Dr hanya mampu berkata pada abah supaya redho dengan pemergian Dik Ah. Tak sanggup rasanya melihat penderitaan Dik Ah pada hari-hari terakhir Dik Ah. Abah sangkakan hari Jumaat Dik Ah gembira kerana wayar di dada dah dicabut. rupa-rupanya itulah senyuman terakhir Dik Ah. Dik Ah saja nak menggembirakan abah dan mama sekejap. kerana esok dik ah nak pergi..Setiap hari Abah sedekahkan Dik Ah dengan Al Fatihah dan Bacaan Yasin, Setiap minggu Abah, mama, kak ngah dan Dik Nit akan ke pusara Dik Ah, tetapi pada hari ini Abah tak dapat pergi kerana mama ada kerja dan terpaksa balik lewat. Esok pun tak boleh pergi. Pagi Ahad kami akan datang. Dik Ah.....Abah sentiasa merindui Dik Ah..