Thursday, August 27, 2009

Klim bayaran ubat untuk allahyarham Dik Ah.

Tadi aku menalipon Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertanyakan status klim yang dikirim dari KPM. Deme menyatakan surat balasan kepada KPM telah dihantar pada 30 Julai 2009 sehari selepas KPM hantar surat ke KKM. Begitu cepat deme bertindak. Tapi bila surat itu dihantar untuk tindakan seterus oleh KPM nampaknya sampai sekarang lebuh aje. Talipon pun tk berjawab.Begitulah teruknya orang Kementerian Pelajaran Malaysia bertindak.
Permohonan aku yang dibuat melalui JPN Ipoh mengenai Klim ubat Dik Ah terperap selama 8 bulan di KPM, Putrajaya. Bila ditalipon buat-buat terkejut, konon udah berbuat. Tapi bila diminta surat bukti kata udah hantar. Tapi bila diberitahu pihak JPN pun tak terima surat barule ngaku deme tak buat apa-apa.
Boss deme Puan Zainun, bukan main hebat menegakkan benang basah kononnya deme tahu kalau tak buat koje haram gaji deme. Apabila kerani menyiapkan segala dokumen untuk dihantar ke KKM dan letak atas meja dia, haram di sainnya. Nasib baik aku talipon, baru kerani itu tengok balik atas meja sibongok tu. Benda itu dah diletak atas mejanya dah 2minggu. Tapi apah tak dibuatnya. Perkara yang paling senang pun tak boleh selesai. Kokeh aje tempat sain tu. Kena cari pegawai yang lain pula untuk nyain. Lepas ini tahu berapa lama pula baru selesai..

Sunday, August 16, 2009

Penawar H1N1

Penawar HINI kata orang..
1. Makan buah tamar 3 biji yang direndam dalam ayo nyo mude. lepas tu minum ayo nyor muda. Sebelum minum dan makan selawat 3 kali. mengikut yang empunya cerita ini petua dari dato harun Din.
2. Banyakkan makan epal hijau dan oren sunkits.
3. Minum jus epal hijau dan jus oren.
4. Minum minuman beralkali seperti air mineral atau air dari nano can. ( boleh beli pade keme ).

Pergi kenduri kahwin haikal.

Bertolak jam 3.15 petang dari romah. Bersama Yup sekeluarga, kak sekeluarga dan keme sekeluarga. Bacit juga bertolak dari romahnya pukul 3.15. Bacit jumpa konvoi keme di Selat Pulau, dia bawa kereta barunya. Kak dan abang awie bawak kereta kancil keme. Keme lalu ikut eyo. Berenti sembahyang asor di masjid yang aku dan dik ah selalu berenti sembahyang. Cereta pada Farial dan kak yung dimana dik ah selalu duduk bila aku solat asor. Dia selalu ngintai budak sekolah rakyat didepan mesjid itu belajor dan buat perhimpunan.. Tapi hari tu sekolah tutup. Sedih juga bila teringat masa berenti solat disitu dengan Dik ah. Tapi nasib baik suasana masa itu berlainan dari tahun lepas. Yup berkabo dia dah lapo sebab tengahari belum makan. Keme berenti makan di satui gerai di Kuala Selangor. habis makan dah pukul 6.45 ptg. terus ke romah Nyah. sampai udah malam sempat solat jamak taqdim. Lepas makan dalam pukul 11.00 keme sekelurga pergi romah Bamat. deme taknak ikut. Pagi pergi romah Nyah dan bersiap nak ke DBP tapi tak tau jalan. Nasib Jaapo ada dia bawa lalu ikut lebihraya keluar di jalan Duta. Masa nak bayo tol dijalan duta tetiba aku teringat sekali lagi pada Dik Ah sebab dia selalu keluarkan Duit dari dabai aku, tanya aku berapa tol dan dia kira duit cukup-cukup lepas itu dia bagi aku duit itu ataupun dia sendiri nak bagi pada jurutol. Aku cuba tahan diri aku. Tapi lepas bayo tol dan berenti belakang kereta Jaapo, aku rasa sayu sangat. Masa ngeko kereta Bamat, air mata aku terkeluo juga. tambahan pula, jalan yang keme lalu, pernah aku lalu masa berulang ke PPUM dengan Dik Ah. Sampai di DBP keme tak tau ke mane nak pergi. Jenuh mencari dewannya. Buat persiapan dengan semua adik beradik untuk majllis kahwin Haikal. Majlis kenduri agak kelam kabut pada mulanya tapi lepas tuko lap top Meran, baru majlis berlangsung dengan lancar. Lepas kenduri pergi ke romah Yang. Solat asor di sana.lepas itu pergi romah Nyahsemula sebab malam tu dia buat kenduri di romah. Lepas kenduri keme adik beradik mesyuarat pasal tanah Cangkat Panco. Keputusannya tanah itu diserahkan kepada Yup. dan hasilnya akan dibahagikan sama banyak. Kalau sesape nak mukai tanah. Boleh dibuat selagi Yup masih ada. Pagi tu balik ke Seri Iskandar. Singgah di kolam ayo panas.ingatkan nak tengok dan rendam kaki dalam kolam. ropenya mahal meno kena bayo. pikio2 tak jadi sebab tak berbaloi untuk setengah jam disitu.

Lawatan Ke Terengganu & Kelantan.

Pada 30 haribulan pada pukul 10 malam kak ngah bertolak ke Kuala Terengganu.Kak ngah bertolak ke sana dengan bas yang boleh tahan la.Tapi nasib baik ada aircond, kalau tak de, tah le nak cakap ape pun tak tau.Kitorang(kak ngah & friend) samapi ke Kuala Terengganu kira-kira pada pukul 8.30 pagi.Kak ngah tidur kat homestay. Rumah banglo pulak tuh kan syok. waktu sampai kat sana terus bukak kasut sebab nak bilik best punya pasal.bila naik jer terus lari cari bilik pastu dapat la master bedroom besar giler.Masuk jer bilik tuh terus campak beg halang pintu nak masuk kene pilih dulu.Orang yang duduk sebilik ngan kak ngah ialah Madi,Putri,Hanan,Amirah,Sara,Tasha,Mira,Wan,Diana,Alia & Khairul.Kat sana semua lengkap (dalam bilik tu je lah).Dalam bilik tu ada TV,almari besar,aircond,katil,bilik airhanger and almost everything.Dalam bedroom tu ada bilik lagi tapi bilik tu agak kecik la.Sebab kak ngah yang jaga bilik tu kak ngah la yang teteap kan sape yang tidur kat tempat besar dan sape yang tidur kat bilik kecik.Yang duduk bilik kecik tu 6 orang muat tau.Kat tempat besar ada TV tu 6 orang gak.Dalam bilik kecik ada 1 katil tapi ada 3 tilam.Dalam bilik besar plak ada 2 katil ad aircond ada tempat solek ada tandas ada almari dsbn.Kat Terengganu kak ngah pegi pasar payang,Noor arfa butik,pantai batu burok, masjid terapung an yang paling best masjid kristal....!!!
pastu kat dalam cantik.Ni gambar lampu dier cantik kan. kat sana kak ngah solat maghrib ngan isya'.Aircond die kat bawak pastu kitorang main la.baju terapung-apung.






Lawatan Kak NgAH KE KB & KT pula

kakakakkkkakakkakak
Selepas


LaWaTaN TeReNgGaNu KeLaNtAn








Bulan 6 yang lalu,kak yong telah pergi ke lawatan sambil belajar ke Kelantan & Terengganu.Lawatan itu dianjurkan oleh PUM(Persatuan Usahawan Muda)SMKA Sultan Azlan Shah,Bota.Bertolak ke Terengganu lebih kurang pukul 12 tengahari dan sampai ke tempat penginapan lebih kurang pukul 11 malam..
Banyak tempat yang kak yong lawati,antaranya ialah Masjid Kristal,Masjid Terapung,Taman Tamadun, dan berjalan-jalan di sekitar negeri tersebut..
Kami juga dibawa ke Pantai Cahaya Bulan untuk menikmati seketika pemandangan disana.Selain itu,kami juga pergi membeli-belah di Pasar Payang dan Pasar Siti Khadijah.Banyak barang yang murah-murah disana.Semasa di masjid Terapung,kami menangkap gambar beramai-ramai kerama terlalu asyik gembira pergi ke tempat yang belum pernah kami lawati.> Kami berangkat pulang ke SMKA Sultan Azlan Shah pada pukul 4 petang dan sampai ke sekolah pada pukul 12.05 tengah malam.Kak yong dan kawan-kawan berasa sangat penat .Itulah kenangan manis yang tak dapat dilupakan bersama rakan-rakan di sekolah azlan...