Tadi aku menalipon Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertanyakan status klim yang dikirim dari KPM. Deme menyatakan surat balasan kepada KPM telah dihantar pada 30 Julai 2009 sehari selepas KPM hantar surat ke KKM. Begitu cepat deme bertindak. Tapi bila surat itu dihantar untuk tindakan seterus oleh KPM nampaknya sampai sekarang lebuh aje. Talipon pun tk berjawab.Begitulah teruknya orang Kementerian Pelajaran Malaysia bertindak.
Permohonan aku yang dibuat melalui JPN Ipoh mengenai Klim ubat Dik Ah terperap selama 8 bulan di KPM, Putrajaya. Bila ditalipon buat-buat terkejut, konon udah berbuat. Tapi bila diminta surat bukti kata udah hantar. Tapi bila diberitahu pihak JPN pun tak terima surat barule ngaku deme tak buat apa-apa.
Boss deme Puan Zainun, bukan main hebat menegakkan benang basah kononnya deme tahu kalau tak buat koje haram gaji deme. Apabila kerani menyiapkan segala dokumen untuk dihantar ke KKM dan letak atas meja dia, haram di sainnya. Nasib baik aku talipon, baru kerani itu tengok balik atas meja sibongok tu. Benda itu dah diletak atas mejanya dah 2minggu. Tapi apah tak dibuatnya. Perkara yang paling senang pun tak boleh selesai. Kokeh aje tempat sain tu. Kena cari pegawai yang lain pula untuk nyain. Lepas ini tahu berapa lama pula baru selesai..
No comments:
Post a Comment