Selepas membuat pemeriksaan doktor Dik Ah didapati, mempunyai barah darah atau leukimia. Leukimia adalah barah yang membentuk sel darah. Ini menyebabkan penghasilan sel darah putih yang belum matang. Ia kemudian berkumpul dalam sum-sum tulang dan melimpah ke dalam darah, seterusnya merebak ke organ badan seperti buah pinggang, hati, limpa dan paru-paru.
Adakalanya sel ini merebak ke saraf tunjang atau masuk ke dalam cecair disekeliling otak. Oleh kerana terlalu banyak sel darah putih terkumpul di dalam sum-sum tulang, ia tidak dapat menghasilkan sel darah merah dan sel darah putih serta platlet yg mencukupi. Sehingga kini tidak diketahui punca sebenar penyakit ini. Leukimia boleh menyerang sesiapa saja dan dalam beberapa bentuk, Sesetengah timbul serta merta dan berkembang cepat dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu saja yang dipanggil leukimia akut
Jika berkembang perlahan untuk beberapa bulan dan tahun dipanggil leukimia kronik. Leukimia dinamakan mengikut jenis sel darah putih yang terbabit. Leukimia Mieloid ialah leukimia yang membabitkan granulosit manakala Leukimia Limfoid membabitkan limfosit.
Leukimia Akut lazimnya berlaku dikalangan kanak-kanak dan hanya dalam kadar yang kevil berlaku pada orang dewasa. Golongan dewasa lebih cenderung terkena leukimia jenis Limfoud Kronik. Ia berkembang perlahan, oleh itu sel normal tidak terhimpit dan tidak tertolak keluar dengan cepat berbanding Leukimia limfoid akut.darah. Leukimia Limfoid kronik tidak memperlihatkan sebarang gejala hingga peringkat akhir penyakit itu dan biasanya ia lebih merbahaya.
No comments:
Post a Comment