Sunday, November 11, 2012

GEJALA UTAMA LEUKIMIA / Diagnosis/ Rawatan

a) Gejala Utama Leukima
1. Sistem Badan :- Tubuh susut, demam dan mudah dijangkiti.
2. Paru-paru :- Sering mengah
3. Otot :- Lemah
4. Tulang / sendi :- Sakit dan rapuh.
5. Psikologi :- Lesu, Hilang selera makan
6. Nodus Limfa :- Membengkak
7. Kulit :- Berpeluh malam, mudah berdarah dan berkudis, banyak tompokan lebam. Banyak titik-titik merah di badan.

b) Diagnosis
   Pemeriksaan sampel darah dan sum-sum tulang di bawah mikroskop. Biopsi  nodus limfa mungkin juga disyorkan.

c) Rawatan
  Kimoterapi dan radioterapi.

SIMPTOM LEUKIMIA.

Antara simptom leukimia ialah:
1. Demam berpanjangan.
2. Lesu dan Lemah
3. Hilang selera makan
4. Gusi bengkak dan berdarah
5. Sakit kepala
6. Pendarahan berlebihan
7. Hati dan Limpa bengkak
8. Sakit Sendi
9. Sakit Tulang
10. Tonsil bengkak.
11. Mudah lebam
12. Mudah dijangkiti penyakit
13. Kerap pengsan.

PUNCA LEUKIMIA.

          Punca leukimia masih tidak diketahui, Antara faktor yang mempengaruhi termasuklah..
     a) Genetik : Ia mungkin memainkan peranan di dalam perkembangan leukimia limfoid kronik.  Ia lebih lazim menjangkiti lelaki dan mungkin diwarisi keluarga.
     b) Sinaran : Leukimia berlaku pada kadar yang lebih tinggi daripada biasa di kalangan orang yang terdedah kepada sinaran tinggi. Ini termasuk mereka yang terselamat daripada letupan bom atom atau yang terdedah kepada sinaran neuklear seperti bencana loji neuklear di Chernobyl  dan di Jepun.
     c) Bahan kimia : Merokok meningkatkan risiko mendapat leukimia mieloid akut.
     d) Negara Asal : Dibarat Daya Jepun, Afrika dan Caribbean, satu jenis leukimia tertentu boleh merebak di kalangan pendudukoelh satu virus yang di kenali sebagai HTLV ( Human T Cell Leukimia Lymphoma Virus).

Leukimia (Barah darah), Leukimia jejas proses penghasilan sel merah, sel putih dan platlet

Selepas membuat pemeriksaan doktor Dik Ah didapati, mempunyai barah darah atau leukimia. Leukimia adalah barah yang membentuk sel darah. Ini menyebabkan penghasilan sel darah putih yang belum matang. Ia kemudian berkumpul dalam sum-sum tulang dan melimpah ke dalam darah, seterusnya merebak ke organ badan seperti buah pinggang, hati, limpa dan paru-paru.
           Adakalanya sel ini merebak ke saraf tunjang atau masuk ke dalam cecair disekeliling otak. Oleh kerana terlalu banyak sel darah putih terkumpul di dalam sum-sum tulang, ia tidak dapat menghasilkan sel darah merah dan sel darah putih serta platlet yg mencukupi. Sehingga kini tidak diketahui punca sebenar penyakit ini. Leukimia boleh menyerang sesiapa saja dan dalam beberapa bentuk, Sesetengah timbul serta merta dan berkembang cepat dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu saja yang dipanggil leukimia akut 
             Jika berkembang perlahan untuk beberapa bulan dan tahun dipanggil leukimia kronik.  Leukimia dinamakan mengikut jenis sel darah putih yang terbabit. Leukimia Mieloid ialah leukimia yang membabitkan granulosit manakala Leukimia Limfoid membabitkan limfosit.
            Leukimia Akut lazimnya berlaku dikalangan kanak-kanak dan hanya dalam kadar yang kevil berlaku pada orang dewasa. Golongan dewasa lebih cenderung terkena leukimia jenis Limfoud Kronik. Ia berkembang perlahan, oleh itu sel normal tidak terhimpit dan tidak tertolak keluar dengan cepat berbanding Leukimia limfoid akut.darah. Leukimia Limfoid kronik tidak memperlihatkan sebarang gejala hingga peringkat akhir penyakit itu dan biasanya ia lebih merbahaya.