Terima kasih kepada semua yang terlibat membantu kami. Khasnya nurse dan doktor serta kerani dan pembantu hospital yang bertugas di Wad Pead 6, Daycare dan Wad BMT tingkat 11 PPUM, Kuala Lumpur bermula 20 Februari 2008 hingga 15 Januari 2009 kerana tanpa jemu menghulurkan bantuan dan khidmat untuk menyelamatkan allahyarham anakku Nurul Nabihah bt Baharuddin( 230175620) yang mengalami sakit Luekimia ALL mature B. Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa baik mereka. Anakku hanya mampu bertahan setahun sahaja selepas disahkan mengalami penyakit leukimia.Dik Ah telah 10 kali membuat rawatan kimoterapi dan akhirnya Prof Chan mengumumkan tiada lagi ubat dalam perubatan moden yang boleh di gunakan untuk rawatan Dik Ah dan umur Dik Ah dijangka bertahan tidak sampai 3 minggu. Dik Ah tidak sempat untuk membuat transplan kerana sel-sel leukimianya telah tumbuh semula dan merebak dengan cepatnya setelah sebulan tamat rawatan RICE protocol dan menyerang kepala dan otaknya. Doktor hanya dapat memberikan kata-kata nasihat dan penjagaan terhadap Dik ah di akhir hayatnya. Sebagai ibubapa, kami berasa terlalu sedih, pedihnya untuk menerima hakikat itu tiada siapa yang tahu. Dalam masa 3 minggu itu segala
Monday, June 8, 2009
Terimakasih Nurse, Doktor, pembantu hospital dan kerani Wad tingkat 11,ppum.

Subscribe to:
Comments (Atom)