Satu kajian telah dibuat atas tajuk Analgesic Effect of Sucrose in Full Term Infants. A Randomised Controlled Trial ( Kesan Pengurangan kesakitan oleh gula sikrosa pada bayi) yang dilakukan oleh sekumpulan saintis. 60 Bayi yang sihat dan cukup bulan berusia 1 hingga 6 hari dipilih. Mereka dibahagi kpd 2 kumpulan. Setiap bayi akan dilakukan prosedur heel prick ( cucuk jarum pada tumit untuk mendapatkan sedikit darah ).Prosedur ini menyebabkan bayi mengalami kesakitan dan sebagai respon bayi akan menangis.
Kumpulan pertama seramai 30 bayi diberi sedikit air kosong, sebelum ujian heel prick. Kumpulan kedua diberi larutan gula sukrosa. Dlm kumpulan itu dibahagi juga kpd 3 kumpilan lagi iaitu satu kumpulan 10 orang yang mana kepekatan sukrosa yang berbeza diberikan iaitu 12.5%, 25% dan 50%.
Keputusan agak memeranjatkan, bayi yang menerima larutan sukrosa didapati hanya menangis dalam masa yang singkat berbanding bayi yang menerima air kosong semata. Kadar denyutan jantung bayi dlm kumpulan ini juga kembali kpd keadaan normal dgn lebih cepat,menunjukkan kesakitan yg mereka tanggung tidak lama. Bayi yg menerima larutan gula sukrosa yang lebih pekat 25% dan 50% menangis lebih singkatdgn kadar denyutan jantung kembali kpd normal dgn lebih cepat. Ini menunjukkan semakin pekat larutan gula yg diberikan, maka ia semakin berkesan utk mengurangkan kesakitan. Bayi yg hanya diberi air kosong menangis dlm tempoh yg lebih lama, menunjukkan kesakitan yg dideritainya lebih lama.
Kesimpulannya, meletakkan manisan ( Tahnik ) pada mulut bayi akan dapat mengurangkan kesakitan yg dideritai. Semakin pekat larutan gula , semakin baik kesannya utk melegakan sebarang kesakitan yg dialami oleh bayi.