1.Situasi:- Gagal dalam peperiksaan.
Mentaliti Negatif :- Aku ni memang bodoh, Usaha macamanapun tidak akan berjaya.
Mentaliti Positif :- Aku akan menggandakan usaha untuk mencuba dan mencuba lagi.
2. Situasi:- Ditimpa penyakit
Mentaliti Negatif :- Kenapalah aku menjadi macam ini. Lepas satu-satu ujian yang menimpa aku. Tuhan tidak adil kenapa aku sahaja yang menderita.
Mentaliti Positif :- Tuhan masih sayangkan aku . Sebab itulah dia bagi ujian supaya aku sedar kesilapan aku selama ini. Dia maha penyayang.
3. Situasi:- Kehilangan orang yang disayangi.
Mentaliti Negatif:- Tuhan tidak adil! Kenapa Dia ambil anak aku ?
Mentaliti Positif:- Kalau Dik Ah hidup, mungkin dia lebih sengsara dan derita. Semoga Allah ampunkan dosakami dan dosanya dan tempatkannya dikalangan orang yang beriman.
Monday, April 18, 2011
Kak Shi.
Setelah dua tahun Dik Ah meninggal dunia, 3 minngu lepas aku berjaya mengesan siapa kak Shi. Iaitu siswi UM yang membuat satu program bersama kanak-kanak di wad PEAD 6, PPUM. Rupa-rupanya Kak Shi ada mencatatkan pertemuaannya dengan Dik Ah, semasa lawatan dia bersama rakan-rakannya ke PPUM. Aku terjumpa blog Kak Shi secara tak sengaja iaitu semasa aku teringat arwah dik Ah dan menulis namanya diinternet. Rasanya kalau Dik Ah masih ada tentu dia seronok dapat berhubung kembali dengan Kak Shi dan rakan-rakan.
Tidak menangis walau kematian anak.
Kematian adalah sesuatu yang amat menyedihkan, tambahan pula yang meninggal dunia itu adalah anak sendiri. Sesuatu pengalaman yang tidak dapat hendak diceritakan akan kesedihannya. Tambahan pula setelah pelbagai ikhtiar dibuat, tetapi masih tidak dapat mengubati penyakit sianak. Itulah yang terkajadi pada aku dan isteriku. Dik Ah meninggal setelah setahun berulang-alik ke hospital dan pelbagai tempat setelah pihak hospital mengaku tidak mampu mengubati penyakitnya dan mengistiharkan umur Dik Ah hanya tidak lebih dua minggu.
Tetapi aku tertarik dengan satu artikel dimajalah solusi isu 28, menceritakan satu keadaan yang lebih kurang sama dengan pengalaman aku., tetapi peristiwa ini berlaku di zaman awal Islam. iaitu di zaman rasullah. Peristiwa ini terjadi kepada Abu Talhah dan isterinya Umu Sulaim, mereka telah dianugerahkan seorang anak laki2 yang diberi nama Abu Umair. Dia adalah seorang kanak2 yang pintar, bijaksana, petah bercakap serta tingkah lakunya amat menghiburkan.
Allah telah menguji keluarga Abu Talhah dengan pelbagai dugaan menimpa buah hati mereka. Suatu hari ketika ketiadaan Abu Talhah, Abu Umair telah ditimpa penyakit yang membawa kematian. Ummu Sulaim menghadapi peristiwa itu dengan tenang dan reda. Beliau menyelenggara jenazah anak yang amat dikasihinya sambil tidak henti2 mengucapkan "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Beliau memberi tahu kepada anaknya yang lain supaya jangan menceritakan kepada bapa mereka sehinggalah dia sendiri yang menceritakan.
Setelah Abu Talhah balik, Umu Sulaim, melayan suaminya seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku dirumahnya, sehinggakan Abu Talhah menyangka anaknya Abu Umair sedang tidur. Setelah emosi suaminya tenang dan terkawal barulah Umu Sulaim menceritakan kematian anaknya dengan penuh bijaksana. Abu Talhah sangat marah tetapi setalah mengucapkan kalimah istirja' ( Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un) berkali-kali sehinggalah jiwanya tenang. Keesokan harinya beliau mengadap rasulallah s.a.w dan menceritakan apa yang berlaku. Rasulallah saw pun bersabda yang bermaksud semoga allah memberkati malam kamu berdua'.
Tidak lama kemudian Ummu Sulaim pun mengandung dan melahirkan anak lelaki, dan rasullah menamakannya Abdullah yang akhirnya mempunyai tujuh orang anak yang kesemuanya menghafal al-Quran. Jadi aku mengharapkan semoga Dik Ah Jannah juga akan menjadi anak yang solehah yang hebat dan mulia.
Ayat-ayat amalan untuk pesakit barah
1. Untuk penyakit barah..Amalkan membaca surah al-anbiya ayat 83.
2. Untuk asas pengubatan semua kanser amalkan surah al-anbiya ayat 38- 50 dan surah almukminin ayat 91- 100.
3. Surah-surah lain yang patut diamalkan ialah al-fusilat ayat 41-54, al-Maidah ayat 82-91, an-najm ayat 21-40. ( Kanser kulit )
Amalkan dengan penuh keyakinan insyaallah berjaya.
2. Untuk asas pengubatan semua kanser amalkan surah al-anbiya ayat 38- 50 dan surah almukminin ayat 91- 100.
3. Surah-surah lain yang patut diamalkan ialah al-fusilat ayat 41-54, al-Maidah ayat 82-91, an-najm ayat 21-40. ( Kanser kulit )
Amalkan dengan penuh keyakinan insyaallah berjaya.
Nabihah Nurjannah.
Pada 15 Februari 2011, ( 12 Rabiulawal 1432H) , hari lahir Nabihah Nurjannah pada 4.30pagi di Klinik Yasmin, Seri Manjung. Hari itu juga bersamaan dengan hari sambutan Maulidur Rasul. Nama dia diberi sempena nama Arwah Dik Ah. Muka Nurjannah sebenarnya seiras dengan muka arwah Dik Ah. Mungkin Allah berikanNurjannah kepada kami sebagai pengganti Dik Ah. Sekarang Dik Ah Jannah dah 2bulan. DIa dah mula belajar mengagah.
Subscribe to:
Posts (Atom)