Bertolak jam 3.15 petang dari romah. Bersama Yup sekeluarga, kak sekeluarga dan keme sekeluarga. Bacit juga bertolak dari romahnya pukul 3.15. Bacit jumpa konvoi keme di Selat Pulau, dia bawa kereta barunya. Kak dan abang awie bawak kereta kancil keme. Keme lalu ikut eyo. Berenti sembahyang asor di masjid yang aku dan dik ah selalu berenti sembahyang. Cereta pada Farial dan kak yung dimana dik ah selalu duduk bila aku solat asor. Dia selalu ngintai budak sekolah rakyat didepan mesjid itu belajor dan buat perhimpunan.. Tapi hari tu sekolah tutup. Sedih juga bila teringat masa berenti solat disitu dengan Dik ah. Tapi nasib baik suasana masa itu berlainan dari tahun lepas. Yup berkabo dia dah lapo sebab tengahari belum makan. Keme berenti makan di satui gerai di Kuala Selangor. habis makan dah pukul 6.45 ptg. terus ke romah Nyah. sampai udah malam sempat solat jamak taqdim. Lepas makan dalam pukul 11.00 keme sekelurga pergi romah Bamat. deme taknak ikut. Pagi pergi romah Nyah dan bersiap nak ke DBP tapi tak tau jalan. Nasib Jaapo ada dia bawa lalu ikut lebihraya keluar di jalan Duta. Masa nak bayo tol dijalan duta tetiba aku teringat sekali lagi pada Dik Ah sebab dia selalu keluarkan Duit dari dabai aku, tanya aku berapa tol dan dia kira duit cukup-cukup lepas itu dia bagi aku duit itu ataupun dia sendiri nak bagi pada jurutol. Aku cuba tahan diri aku. Tapi lepas bayo tol dan berenti belakang kereta Jaapo, aku rasa sayu sangat. Masa ngeko kereta Bamat, air mata aku terkeluo juga. tambahan pula, jalan yang keme lalu, pernah aku lalu masa berulang ke PPUM dengan Dik Ah. Sampai di DBP keme tak tau ke mane nak pergi. Jenuh mencari dewannya. Buat persiapan dengan semua adik beradik untuk majllis kahwin Haikal. Majlis kenduri agak kelam kabut pada mulanya tapi lepas tuko lap top Meran, baru majlis berlangsung dengan lancar. Lepas kenduri pergi ke romah Yang. Solat asor di sana.lepas itu pergi romah Nyahsemula sebab malam tu dia buat kenduri di romah. Lepas kenduri keme adik beradik mesyuarat pasal tanah Cangkat Panco. Keputusannya tanah itu diserahkan kepada Yup. dan hasilnya akan dibahagikan sama banyak. Kalau sesape nak mukai tanah. Boleh dibuat selagi Yup masih ada. Pagi tu balik ke Seri Iskandar. Singgah di kolam ayo panas.ingatkan nak tengok dan rendam kaki dalam kolam. ropenya mahal meno kena bayo. pikio2 tak jadi sebab tak berbaloi untuk setengah jam disitu.
No comments:
Post a Comment