Saturday, January 23, 2010
genap setahun pemergian nurul nabihah
Hari tepat pukul 10.20 pagi anak ketiga kami Nurul Nabihah ( Dik Ah) genap setahun meninggalkan kami. Semalam lepas mahgrib aku bacakan tahlil untuk Dik Ah. Pagi ini lebih kurang pukul 10 kami sekeluarga ( Abah, mama,kak yong, kak ngah dan diknit )sampai ke tanah perkuburan tanjong. Baca yassin dan baca doa tahlil serta membersihkan kubur dik ah dan apak seperti biasa. Kami sedih tapi kami redho dengan apa yang berlaku. Abah dan mama serta Kak Yong, Kak Ngah dan Dik Nit doakan semoga Dik Ah damai disisi Tuhan yang Esa. Abah dan mama akan datang menyusul kemudian. Pemergiaan Dik Ah amat perit untuk Abah dan mama terima. Tapi apakan daya Tuhan lebih menyayangi Dik Ah. Setiap hari Abah dan mama akan sedekahkan dik ah dengan Fatihah dan sebagainya.
Saturday, January 2, 2010
menjadi tetamu Allah...................
Setelah 295 hari anakku Nurul Nabihah pergi kerahmatullah. Tepat jam 9.oo pagi 14 november 2009 aku bersama isteriku Farial bertolak meninggalkan bumi Malaysia pergi ke Mekah dan Madinah menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan Haji dan Umrah. Kami pergi dengan Kapal terbang Saudi Air (SV5011 ). Aku sendiri tidak menjangka akan menjadi tetamu allah dalam masa yang terlalu singkat sedangkan sebenarnya pada awal tahun lalu simpananku di Tabung Haji tinggal RM 3,000 lebih sahaja. Logiknya nak beli tiket kapal terbangpun tak lepas. Aku rasa itulah anugerah Allah yang tidak ada siapapun boleh menjangkakan.
Seperti dalam akhir doa Yassin yang bermaksud " Mahasuci Zat yang menghilangkan segala kehinaan; Mahasuci Zat yang menghilangkan segala kedukaan; Mahasuci zat yang melepaskan dari segala hutang: mahasuci zat yang memerintahkan apabila mengkehendaki sesuatu hanya berkata KUN maka jadilah ia... Allah maha besar dan maha kuasa. Setelah setahun aku diuji melalui anakku Nurul Nabihah ( Mula ada simptom Sakit leukimia pada akhir bulan satu 2008 dan akhirnya meninggal dunia pada 24 Januari 2009) beberapa bulan kemudian aku dijemput menjadi tetamu Nya beribadat dihadapan Baitullah mungkin sebagai pengubat kepada pemergian Dik Ah. Hanya allah yang maha mengetahui.....
Aku dan Farial berada disana selama 40 hari. Kami balik ke Malaysia pada 23/12/09 dan tiba dirumah pada 24 /12/ 09 lebih kurang pukul 8.40pagi. Orang yang paling seronok kami balik adalah Dik Nit. Perkataan pertamanya apabila bertemu aku adalah " seronoknya dapat abah". Sampai hari ini dia masih takut apabila aku atau mamanya keluar rumah.. Pengalaman semasa mengerjakan Haji dan Umrah taktahu aku nak ceritakan, cuma aku boleh letakkan gambarnya saja nilailah sendiri...
Subscribe to:
Posts (Atom)