Monday, April 12, 2010
Kenangan Yang Tidak akan dilupakan.
Pemergiaan Dik Ah amat memilukan. Tapi abah dan mama tahu, Allah hanya meminjamkan Dik Ah selama 8 tahun sahaja kepada kami. Walaupun dah setahun setengah pemergiaan Dik Ah, tapi abah rasakan baru sehari. Segala karenah dan kaletah Dik Ah masih terasa dan tidak mudah abah dan mama lupakan. Abah tahu Dik Ah seorang yang sangat tabah. Dik Ah tak pernah merungut semasa menjalani rawatan leukimia. Abah tahu rawatan luekimia terlalu menyakitkan. Setiap pagi perlu diambil darah di jari atau pada urat tangan. Abah juga tahu bagaimana Dik Ah takut semasa rawatan IT. ( cucuk ubat ditulang belakang ). Abah masih ingat Dik Ah pegang tangan Abah sebelum Dik Ah dipengsankan. Abah juga tidak lupa , perkataan yang biasa Dik cakap pada abah apabila Dik Ah sedar selepas rawatan IT. ( Muka abah petak-petak macam komputer ). Tapi ketabahan Dik Ahlah yang memberikan abah semangat. Ada kalanya abah teringat sewaktu bersama Dik Ah di PPUM, Hosp.Ipoh, semasa abah membawa dik ah ke PPUM dan ke Hosp. Ipoh dan semasa Abah menjaga Dik Ah dirumah bersama Dik Nit. Abah juga tidak lupa bagaimana seronoknya Dik Ah apabila dapat balik ke rumah selepas rawatan di PPUM dan Hosp. Ipoh. Ada waktu-waktunya abah berharap Dik Ah kembali. Tapi abah tahu, perkara itu takkan berlaku. Cuma abah harapkan Dik Ah tunggulah Abah dan Mama dipintu syurga. Setiap hari Abah dan mama sedekahkan Dik Ah dengan fatihah, selawat nabi dan bacaan Yassin. Abah sangat risau jika Dik Nit atau kak ngah atau kak yong sakit..Abah terlalu takut kehilangan lagi...
Subscribe to:
Posts (Atom)