Minggu lepas keme dah cucuk wajib utk Haji. Tadi sampai surat untuk cucuk seasonal influenza pada 15 okt. Khamis depan. Hari Sabtu dan Ahad ini kena pergi ke Kursus perdana seluruh Perak di Masjid Sultan Azlan Shah di Jalan Dairy sebelah INTIM. Ini latihan pertama meninggalkan Dik Nit dan Kak Ngah di rumah Bacit sebab keme kena tido di INTIM. Cadangnya nak pergi dengan kereta Kancil aje.
Hari Rabu semalam dapat beg dari Mubarak Travel setelah bayo semua duit untuk pakej dema. Kata kerani itu insyaallah kemungkinan beso dapat pergi. Tapi tak tau lagi penerbangan keberapa. Mungkin dalam bertengah bulan sebelas. Tapi 1 /11 ini kursus haji dengan mubarak travel pula di Parit selama sehari. Pergi ke Kelana Jaya mungkin dengan bas yang disediakan Mubarak travel dari Seri Iskandar. Farial suruh aku mula bersenam untuk latihan semasa berada di Mekah dan Madinah.
Tadi hantar surat klim ubat Dik Ah ke pejabat. KPM dah lulus. Tinggal nak dapat duit aje lagi. Kalau dapat sebelum pergi Haji lagi cantik. Boleh selesaikan Hutang beli ubat Dik Ah dulu. Kerani sekolah mula nak ngenden, dulu deme tak sio muatkan. Katanya susah sangat muatnye. Bila aku buat sendiri dan berjaya baru nak menempek. Ingatnya aku dapat untung kut. Semua RM 23 000 yang keme gune beli ubat dan rawatan Dik ah dah lulus untuk klim. Esok kalau siap semua sain menyain boleh terus hantar ke bahagian kewangan JPN.
No comments:
Post a Comment