Thursday, December 8, 2011

Pemerintahan Tentera Jepun di Tanah Melayu

Pemerintahan Tentera Jepun di Tanah Melayu: Rancangan ini membawa para pelajar mengetahui faktor-faktor peluasan kuasa Jepun, langkah-langkah awal Jepun menguasai Tanah Melayu dan kemaraan Tentera Jepun di Tanah Melayu. Dari Laman Web=http://eduwebtv.com/v2/video/?id=1304383790069222

Friday, June 24, 2011

Nabihah Nurjannah

Nabihah Nurjannah mula meniarap pada umurnya 4 bulan 12 hari. Mata sebelah kanannya masih lagi sepet. Tapi tidak ada apa masalah penglihatan. Mulutnya agak bising bila ada org yang melayan dia. Tangannya selalu digenggam erat. Dia tidak dibiasakan tidur dalam buaian. Jadi disini dia selalmat dpd goncangan yang kuat, masa nk buaikan dia. Hari ni dia mula diberi susu Anmum Infacare, kerana mamanya pergi kursus. Nampaknya dia serasi dgn susu ini, berbanding dengan lactogen dulu.langsung dia tak nak.Harap dik Ah Jannah sihat selalu.

Tuesday, April 19, 2011

Manisan Mengurangkan Tindak Balas Kesihatan pada Bayi

Satu kajian telah dibuat atas tajuk Analgesic Effect of Sucrose in Full Term Infants. A Randomised Controlled Trial ( Kesan Pengurangan kesakitan oleh gula sikrosa pada bayi) yang dilakukan oleh sekumpulan saintis. 60 Bayi yang sihat dan cukup bulan berusia 1 hingga 6 hari dipilih. Mereka dibahagi kpd 2 kumpulan. Setiap bayi akan dilakukan prosedur heel prick ( cucuk jarum pada tumit untuk mendapatkan sedikit darah ).Prosedur ini menyebabkan bayi mengalami kesakitan dan sebagai respon bayi akan menangis.
Kumpulan pertama seramai 30 bayi diberi sedikit air kosong, sebelum ujian heel prick. Kumpulan kedua diberi larutan gula sukrosa. Dlm kumpulan itu dibahagi juga kpd 3 kumpilan lagi iaitu satu kumpulan 10 orang yang mana kepekatan sukrosa yang berbeza diberikan iaitu 12.5%, 25% dan 50%.
Keputusan agak memeranjatkan, bayi yang menerima larutan sukrosa didapati hanya menangis dalam masa yang singkat berbanding bayi yang menerima air kosong semata. Kadar denyutan jantung bayi dlm kumpulan ini juga kembali kpd keadaan normal dgn lebih cepat,menunjukkan kesakitan yg mereka tanggung tidak lama. Bayi yg menerima larutan gula sukrosa yang lebih pekat 25% dan 50% menangis lebih singkatdgn kadar denyutan jantung kembali kpd normal dgn lebih cepat. Ini menunjukkan semakin pekat larutan gula yg diberikan, maka ia semakin berkesan utk mengurangkan kesakitan. Bayi yg hanya diberi air kosong menangis dlm tempoh yg lebih lama, menunjukkan kesakitan yg dideritainya lebih lama.
Kesimpulannya, meletakkan manisan ( Tahnik ) pada mulut bayi akan dapat mengurangkan kesakitan yg dideritai. Semakin pekat larutan gula , semakin baik kesannya utk melegakan sebarang kesakitan yg dialami oleh bayi.

Monday, April 18, 2011

Minda Positif vs Minda Negatif

1.Situasi:- Gagal dalam peperiksaan.
Mentaliti Negatif :- Aku ni memang bodoh, Usaha macamanapun tidak akan berjaya.
Mentaliti Positif :- Aku akan menggandakan usaha untuk mencuba dan mencuba lagi.

2. Situasi:- Ditimpa penyakit
Mentaliti Negatif :- Kenapalah aku menjadi macam ini. Lepas satu-satu ujian yang menimpa aku. Tuhan tidak adil kenapa aku sahaja yang menderita.
Mentaliti Positif :- Tuhan masih sayangkan aku . Sebab itulah dia bagi ujian supaya aku sedar kesilapan aku selama ini. Dia maha penyayang.

3. Situasi:- Kehilangan orang yang disayangi.
Mentaliti Negatif:- Tuhan tidak adil! Kenapa Dia ambil anak aku ?
Mentaliti Positif:- Kalau Dik Ah hidup, mungkin dia lebih sengsara dan derita. Semoga Allah ampunkan dosakami dan dosanya dan tempatkannya dikalangan orang yang beriman.

Kak Shi.




Setelah dua tahun Dik Ah meninggal dunia, 3 minngu lepas aku berjaya mengesan siapa kak Shi. Iaitu siswi UM yang membuat satu program bersama kanak-kanak di wad PEAD 6, PPUM. Rupa-rupanya Kak Shi ada mencatatkan pertemuaannya dengan Dik Ah, semasa lawatan dia bersama rakan-rakannya ke PPUM. Aku terjumpa blog Kak Shi secara tak sengaja iaitu semasa aku teringat arwah dik Ah dan menulis namanya diinternet. Rasanya kalau Dik Ah masih ada tentu dia seronok dapat berhubung kembali dengan Kak Shi dan rakan-rakan.

Tidak menangis walau kematian anak.



Kematian adalah sesuatu yang amat menyedihkan, tambahan pula yang meninggal dunia itu adalah anak sendiri. Sesuatu pengalaman yang tidak dapat hendak diceritakan akan kesedihannya. Tambahan pula setelah pelbagai ikhtiar dibuat, tetapi masih tidak dapat mengubati penyakit sianak. Itulah yang terkajadi pada aku dan isteriku. Dik Ah meninggal setelah setahun berulang-alik ke hospital dan pelbagai tempat setelah pihak hospital mengaku tidak mampu mengubati penyakitnya dan mengistiharkan umur Dik Ah hanya tidak lebih dua minggu.
Tetapi aku tertarik dengan satu artikel dimajalah solusi isu 28, menceritakan satu keadaan yang lebih kurang sama dengan pengalaman aku., tetapi peristiwa ini berlaku di zaman awal Islam. iaitu di zaman rasullah. Peristiwa ini terjadi kepada Abu Talhah dan isterinya Umu Sulaim, mereka telah dianugerahkan seorang anak laki2 yang diberi nama Abu Umair. Dia adalah seorang kanak2 yang pintar, bijaksana, petah bercakap serta tingkah lakunya amat menghiburkan.
Allah telah menguji keluarga Abu Talhah dengan pelbagai dugaan menimpa buah hati mereka. Suatu hari ketika ketiadaan Abu Talhah, Abu Umair telah ditimpa penyakit yang membawa kematian. Ummu Sulaim menghadapi peristiwa itu dengan tenang dan reda. Beliau menyelenggara jenazah anak yang amat dikasihinya sambil tidak henti2 mengucapkan "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Beliau memberi tahu kepada anaknya yang lain supaya jangan menceritakan kepada bapa mereka sehinggalah dia sendiri yang menceritakan.
Setelah Abu Talhah balik, Umu Sulaim, melayan suaminya seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku dirumahnya, sehinggakan Abu Talhah menyangka anaknya Abu Umair sedang tidur. Setelah emosi suaminya tenang dan terkawal barulah Umu Sulaim menceritakan kematian anaknya dengan penuh bijaksana. Abu Talhah sangat marah tetapi setalah mengucapkan kalimah istirja' ( Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un) berkali-kali sehinggalah jiwanya tenang. Keesokan harinya beliau mengadap rasulallah s.a.w dan menceritakan apa yang berlaku. Rasulallah saw pun bersabda yang bermaksud semoga allah memberkati malam kamu berdua'.
Tidak lama kemudian Ummu Sulaim pun mengandung dan melahirkan anak lelaki, dan rasullah menamakannya Abdullah yang akhirnya mempunyai tujuh orang anak yang kesemuanya menghafal al-Quran. Jadi aku mengharapkan semoga Dik Ah Jannah juga akan menjadi anak yang solehah yang hebat dan mulia.




Ayat-ayat amalan untuk pesakit barah

1. Untuk penyakit barah..Amalkan membaca surah al-anbiya ayat 83.
2. Untuk asas pengubatan semua kanser amalkan surah al-anbiya ayat 38- 50 dan surah almukminin ayat 91- 100.
3. Surah-surah lain yang patut diamalkan ialah al-fusilat ayat 41-54, al-Maidah ayat 82-91, an-najm ayat 21-40. ( Kanser kulit )
Amalkan dengan penuh keyakinan insyaallah berjaya.

Nabihah Nurjannah.



Pada 15 Februari 2011, ( 12 Rabiulawal 1432H) , hari lahir Nabihah Nurjannah pada 4.30pagi di Klinik Yasmin, Seri Manjung. Hari itu juga bersamaan dengan hari sambutan Maulidur Rasul. Nama dia diberi sempena nama Arwah Dik Ah. Muka Nurjannah sebenarnya seiras dengan muka arwah Dik Ah. Mungkin Allah berikanNurjannah kepada kami sebagai pengganti Dik Ah. Sekarang Dik Ah Jannah dah 2bulan. DIa dah mula belajar mengagah.

Thursday, January 27, 2011

Allahyarham Nurul Nabihah bt Baharuddin

Entah mengapa sejak kebelakangan ini abah selalu teringatkan sewaktu abah bersama Dik Ah.. Samada di rumah, di PPUM , Hosp. Ipoh dan dimana-mana jua. Masa nak tidurpun abah teringat akan Dik Ah yang setia bersama abah. Abah jadi semakin takut jika berlaku lagi perkara yang terjadi pada Dik Ah berlaku sekali lagi.. Setiap hari Abah berdoa supaya tidak berlaku lagi kejadiaan yang sama pada keluarga kita..Abah tak mampu nak mengahadapinya sekali lagi..