Sunday, October 28, 2012

Leukemia di Kalangan Kanak-Kanak

Leukemia di kalangan kanak-kanak

“ANAK saya kebelakangan ni asyik letih dan kelihatan pucat saja,” keluh Puan Aminah. “Dia juga sering demam dan saya perasan lebam-lebam pada bahagian badannya. Perutnya juga kembung.” Selepas diperiksa, anak Puan Aminah disahkan menghidapi leukemia. Dia menjalani rawatan kemoterapi dan kini sihat. Bagaimanapun, dia masih perlu menjalani rawatan susulan untuk memastikan penyakit leukemia tidak berulang.

Apakah leukemia?

Leukemia ialah sejenis barah yang membabitkan sel darah putih. Sel darah merah, putih dan pembeku terbentuk dalam sum-sum tulang, terutama di bahagian tulang pinggul. Bayi juga mengeluarkan sel darah di bahagian tulang dada. Sel yang dikeluarkan tidak matang dan melalui proses pematangan di dalam sum-sum tulang sebelum dikeluarkan ke salur darah. Dalam kes leukemia, sel darah putih tidak normal dan tidak melalui proses kematangan seperti biasa. Bilangan sel darah putih juga sangat banyak dan ini mengganggu bilangan sel darah merah dan sel pembeku. Akibatnya, sel darah merah berkurangan, menyebabkan pucat dan sel pembeku juga berkurangan, menyebabkan mudah lebam. Sel leukemia juga boleh menyebabkan hati dan limpa bengkak.

Bagaimana leukemia dikesan?
      Doktor akan mengesyaki leukemia berdasarkan sejarah pesakit. Gejala leukemia termasuk demam berpanjangan bersama letih, pucat dan mudah lebam-lebam. Sesetengah kanak-kanak mengalami gusi bengkak dan berdarah. Perut mereka juga bengkak disebabkan hati dan limpa yang bengkak. Ujian darah akan menunjukkan bilangan sel darah putih tidak matang yang tinggi. Sum-sum tulang juga diambil untuk diuji. Sampel sum-sum tulang akan menunjukkan sel ‘blast’ (kecederaan serius tisu lembut) yang tinggi. Ujian sum-sum tulang perlu dibuat untuk membuat diagnosis leukemia. Selain itu, sampel air tulang belakang diambil untuk diperiksa sama ada wujud sel leukemia di dalam otak. Ini juga perlu dibuat. Jenis-jenis leukemia Leukemia boleh dibahagikan kepada akut dan kronik.
       Leukemia akut dan kronik pula dibahagikan kepada lymphoblastic dan myeloid. Kanak-kanak biasanya diserang leukemia akut lymphoblastic (Acute Lym- phoblastic Leukaemia atau ALL). Ada juga yang mengalami leukemia akut myeloid (acute myeloid leukaemia). Rawatan leukemia berbeza bergantung kepada jenis leukemia dialami. Rawatan leukemia Jenis rawatan leukemia ialah kemoterapi, di mana ubat-ubatan tertentu diberi melalui suntikan, infusi dan juga bentuk pil, dan radioterapi di mana sinaran diberi pada bahagian kepala untuk membunuh sel leukemia di dalam otak. Rawatan diberi mengikut jadual. Darah dan sampel air tulang belakang diperiksa pada masa tertentu untuk memastikan tiada sel leukemia yang menular.      

         Adalah penting untuk mengikuti jadual dan mengambil ubat seperti diberi supaya sel leukemia tidak diberi peluang untuk membiak lagi. Peluang untuk sembuh Ramai menganggap leukemia sebagai hukuman maut. Sebenarnya, ramai kanak-kanak yang menghidapi leukemia sembuh dan menjalani kehidupan normal. Bagaimanapun, mereka perlu menjalani rawatan tahunan selepas sembuh untuk dipantau. Ramai juga ibu bapa didesak oleh kawan atau saudara mara supaya tidak membenarkan anak mereka menjalani rawatan kemoterapi kerana ia toksik. Ini kepercayaan berbahaya kerana tanpa kemoterapi, tiada peluang untuk sembuh. Rawatan juga perlu dimulakan secepat mungkin. Jika ada kemusykilan, elok berbincang dengan doktor pakar yang merawat anak.

2 comments:

  1. jom brubat dgn sy dan sertai grup sy yg trdiri dari pd rmai psakit2 kanser yg dh smbuh dan psakit2 lain yg msih d rwat moga kita akan dpt manfaat bgai mna utk bjuang..smgt..mtivasi n rwatan2 dan bgai mna utk hdpi kimo tnpa bdn lemah2 dan mmpu hbis kn sesi kimo tnpa ksan smpingan kimo yg truk..jom ubt kn n rwatan2 herba utk knser…anda psti tkjut mlhat testmni sbnar yg tllu bnyk dgn plbgai ltar blakng psakit2 n kes2 knser

    ReplyDelete
  2. Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser mgikut dose yang di gunakan..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan tunggu sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat.. hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi… Hubungi saya sgera..nanti sy akn bmbing puan n puan bgaimna hrus d lakukan n tndakn yg tpt plu d buat msa dpt knser n bgai mna hndak rwat kn...boleh sertai grup psakit2 knser sy n mlhat testmni yg amat bnyk...kita bley bbncng bgai mna nk mrawat...sy n psakit2 yg dh smbuh or yg msih d rwat n mkin sht akn bmbing n tnjuk ajar tuan n puan n bg smgt motivasi...jgn kita kseorangan...bla ksorangan...sllu kita akn lmah n down...sertai sy n hbungi sy scpt mkin utk lhat testmni2 mnarik sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete