Monday, May 20, 2013

Tak ada apa, luahan hati saja..

Tahun ini dah masuk 4 tahun Dik Ah meningal dunia. Rasa macam masih baru lagi. Abah selalu terkenang semasa abah bersama Dik Ah berulang-alik ke Ipoh dan PPUM KL.Teringat juga apa yang Dik Ah selalu buat masa dlm perjalanan ke Hospital dan semasa Dik Ah dihospital. Sekarang Dik Ah dah ada adik sebagai pengganti Dik Ah, muka dan perangai lebih kurang Dik Ah. Sekarang dia berumur 2 tahun, tapi dia juga ada masalah, Dik Jannah jantung berlubang.  Hari-hari abah dan mama berdoa agar lubang dijantungnya dapat tutup dengan cepat. Alhamdulillah dia tak pernah sakit disebabkan jantung. Tahun ini Kak Yong dah tgt 5, Kak Ngah dah Tgkt 4. Kawan-kawan Dik Ah dulu dah masuk tingkatan 1. Bila abah cerita pasal Dik Ah ramai yang masih ingat akan Dik Ah, walaupun Dik Ah belajar dengan mereka setahun sebulan shj.Masa Darjah satu.
           Tahun lepas Kak Ngah PMR dia dapat 8A. sekarang dia berada di SBPI Gopeng. Jadi abah di SMK Seri Iskandar seorang shj sekarang. Sebelum Kak Ngah ada bersama Abah. Sebelum itu Kak Yong dapat 7A 2B dalam PMRnya. Abah syukur sangat pencapaian KakYong dan Kak Ngah amat baik dalm PMR. Dik Nit pula semakin tinggi. Sekarang dia jadi pengawas di Sekolah Agama di Desa SI. Dia juga bijak macam kakak-kakaknya. Abah harap Kak Yong dan Kak Ngah berjaya juga dlm SPM. Abah harap Kak Yong dapat jadi Akauntan seperti yg dicitakannya dan Kak Ngah berjaya jadi Doktor.  Adik Jannah dan mula bertanya Abah apabila dia tengok gambar Dik Ah. Abah harap semua anak-anak abah akan jadi anak yang solehah. Abah juga sentiasa berdoa agar semua anak-anak abah sehat, tidak ada penyakit kritikal dan kronik. Abah rasa abah tak mampu lagi kehilangan lagi.


1 comment:

  1. Salam. Sy berumur 21thn dr ipoh. Blh sy dptkan number aunt atau uncle. Sy dsahkan mhidap leukimia slepas sering mengalami pendarahan di hdung dan sesak nafas. Sy sangkakan cuma asma. Jika uncle atau aunt bkelapangan, diharap dapat mesej saya di nombor 0146873114. Sy ingin btanya tentang pengalaman arwah menjalani kimo.

    ReplyDelete