Setelah dua tahun Dik Ah meninggal dunia, 3 minngu lepas aku berjaya mengesan siapa kak Shi. Iaitu siswi UM yang membuat satu program bersama kanak-kanak di wad PEAD 6, PPUM. Rupa-rupanya Kak Shi ada mencatatkan pertemuaannya dengan Dik Ah, semasa lawatan dia bersama rakan-rakannya ke PPUM. Aku terjumpa blog Kak Shi secara tak sengaja iaitu semasa aku teringat arwah dik Ah dan menulis namanya diinternet. Rasanya kalau Dik Ah masih ada tentu dia seronok dapat berhubung kembali dengan Kak Shi dan rakan-rakan.
Monday, April 18, 2011
Kak Shi.
Setelah dua tahun Dik Ah meninggal dunia, 3 minngu lepas aku berjaya mengesan siapa kak Shi. Iaitu siswi UM yang membuat satu program bersama kanak-kanak di wad PEAD 6, PPUM. Rupa-rupanya Kak Shi ada mencatatkan pertemuaannya dengan Dik Ah, semasa lawatan dia bersama rakan-rakannya ke PPUM. Aku terjumpa blog Kak Shi secara tak sengaja iaitu semasa aku teringat arwah dik Ah dan menulis namanya diinternet. Rasanya kalau Dik Ah masih ada tentu dia seronok dapat berhubung kembali dengan Kak Shi dan rakan-rakan.
Tidak menangis walau kematian anak.


Kematian adalah sesuatu yang amat menyedihkan, tambahan pula yang meninggal dunia itu adalah anak sendiri. Sesuatu pengalaman yang tidak dapat hendak diceritakan akan kesedihannya. Tambahan pula setelah pelbagai ikhtiar dibuat, tetapi masih tidak dapat mengubati penyakit sianak. Itulah yang terkajadi pada aku dan isteriku. Dik Ah meninggal setelah setahun berulang-alik ke hospital dan pelbagai tempat setelah pihak hospital mengaku tidak mampu mengubati penyakitnya dan mengistiharkan umur Dik Ah hanya tidak lebih dua minggu.
Tetapi aku tertarik dengan satu artikel dimajalah solusi isu 28, menceritakan satu keadaan yang lebih kurang sama dengan pengalaman aku., tetapi peristiwa ini berlaku di zaman awal Islam. iaitu di zaman rasullah. Peristiwa ini terjadi kepada Abu Talhah dan isterinya Umu Sulaim, mereka telah dianugerahkan seorang anak laki2 yang diberi nama Abu Umair. Dia adalah seorang kanak2 yang pintar, bijaksana, petah bercakap serta tingkah lakunya amat menghiburkan.
Allah telah menguji keluarga Abu Talhah dengan pelbagai dugaan menimpa buah hati mereka. Suatu hari ketika ketiadaan Abu Talhah, Abu Umair telah ditimpa penyakit yang membawa kematian. Ummu Sulaim menghadapi peristiwa itu dengan tenang dan reda. Beliau menyelenggara jenazah anak yang amat dikasihinya sambil tidak henti2 mengucapkan "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Beliau memberi tahu kepada anaknya yang lain supaya jangan menceritakan kepada bapa mereka sehinggalah dia sendiri yang menceritakan.
Setelah Abu Talhah balik, Umu Sulaim, melayan suaminya seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku dirumahnya, sehinggakan Abu Talhah menyangka anaknya Abu Umair sedang tidur. Setelah emosi suaminya tenang dan terkawal barulah Umu Sulaim menceritakan kematian anaknya dengan penuh bijaksana. Abu Talhah sangat marah tetapi setalah mengucapkan kalimah istirja' ( Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un) berkali-kali sehinggalah jiwanya tenang. Keesokan harinya beliau mengadap rasulallah s.a.w dan menceritakan apa yang berlaku. Rasulallah saw pun bersabda yang bermaksud semoga allah memberkati malam kamu berdua'.
Tidak lama kemudian Ummu Sulaim pun mengandung dan melahirkan anak lelaki, dan rasullah menamakannya Abdullah yang akhirnya mempunyai tujuh orang anak yang kesemuanya menghafal al-Quran. Jadi aku mengharapkan semoga Dik Ah Jannah juga akan menjadi anak yang solehah yang hebat dan mulia.
Ayat-ayat amalan untuk pesakit barah
1. Untuk penyakit barah..Amalkan membaca surah al-anbiya ayat 83.
2. Untuk asas pengubatan semua kanser amalkan surah al-anbiya ayat 38- 50 dan surah almukminin ayat 91- 100.
3. Surah-surah lain yang patut diamalkan ialah al-fusilat ayat 41-54, al-Maidah ayat 82-91, an-najm ayat 21-40. ( Kanser kulit )
Amalkan dengan penuh keyakinan insyaallah berjaya.
2. Untuk asas pengubatan semua kanser amalkan surah al-anbiya ayat 38- 50 dan surah almukminin ayat 91- 100.
3. Surah-surah lain yang patut diamalkan ialah al-fusilat ayat 41-54, al-Maidah ayat 82-91, an-najm ayat 21-40. ( Kanser kulit )
Amalkan dengan penuh keyakinan insyaallah berjaya.
Nabihah Nurjannah.


Pada 15 Februari 2011, ( 12 Rabiulawal 1432H) , hari lahir Nabihah Nurjannah pada 4.30pagi di Klinik Yasmin, Seri Manjung. Hari itu juga bersamaan dengan hari sambutan Maulidur Rasul. Nama dia diberi sempena nama Arwah Dik Ah. Muka Nurjannah sebenarnya seiras dengan muka arwah Dik Ah. Mungkin Allah berikanNurjannah kepada kami sebagai pengganti Dik Ah. Sekarang Dik Ah Jannah dah 2bulan. DIa dah mula belajar mengagah.
Thursday, January 27, 2011
Allahyarham Nurul Nabihah bt Baharuddin
Entah mengapa sejak kebelakangan ini abah selalu teringatkan sewaktu abah bersama Dik Ah.. Samada di rumah, di PPUM , Hosp. Ipoh dan dimana-mana jua. Masa nak tidurpun abah teringat akan Dik Ah yang setia bersama abah. Abah jadi semakin takut jika berlaku lagi perkara yang terjadi pada Dik Ah berlaku sekali lagi.. Setiap hari Abah berdoa supaya tidak berlaku lagi kejadiaan yang sama pada keluarga kita..Abah tak mampu nak mengahadapinya sekali lagi..
Wednesday, October 27, 2010
Dik ah , tetap dlam ingatan.

dah lama tak tulis di blog ini.. Sedih bila tengok gambar2 Dik ah. Teringat masa Dik Ah ada lagi. Teringat waktu Dik Ah kecik( baby ) sampailah saat2 akhir bersama Dik Ah. pada malam Sabtu..Raya Cina 09. Abah sorang tak tidor. ... Risau dengan keadaan Dik Ah masa tu.. Abah rasa seperti menanti hukuman gantung keatas abah...Dik Ah tak bercakap. Tak mampu buat apa2. Abah jadi sangat lemah................................. Abah hanya berserah pada tuhan.. Nak bawa hospital Dr dah tak terima... Dr suruh berserah pada tuhan ... Dr dah cakap masa di PPUM dan Hosp Ipoh. Dik Ah dah tak lama. Satu atau dua minggu saja.. Tekaan doktor itu tepat.. Dlm masa yg terlalu pendek abah dan mama mencuba pelbagai cara.. Tapi kami tak mampu..Allah lebih menyayangi Dik Ah.. Selang beberapa minit selepas Dik Ah menghembuskan nafas terakhir, Abah lihat perubahan pada muka Dik Ah... Dari bengkak, terus pulih.. Mata Dik Ah pun pulih..Semua nampak macam Dik ah tak pernah sakit. Penyakit Leukimia pergi pergi bersama Dik Ah.. Perkataan Dik ah yang terakhir ialah Dik Ah nak mandi kolam... Masa balik dari Hospital Dik ah memang tak larat. Abah dukung Dik Ah buat kali terakhir di Day care Ipoh..Abah ingatkan Dik Ah seronok sebab dah buang line pada dada.. Tapi sebenarnya Dik Ah dah tahu yang Dik Ah akan pergi ke tempat lain, yang tidak menyakitkan. Semoga Dik Ah berbahagia disana... Dah dekat dua tahun Dik Ah pergi...Abah rindu pada Dik Ah.. Sekarang abah fobia nak ke Hosp. Ipoh atau ke PPUM... Disitulah rumah kedua abah dan Dik Ah.. kerana Abah dan Dik Ah sentiasa bersama.
Monday, August 2, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)