Thursday, May 6, 2010
rumah berwajah baru
Pada bulan Mac dan April rumah kami telah berwajah baru. keluasan semakin bertambah, terdapat tambahan dapur basah berkeluasan 12 x 10 kaki, bilik keempat 13 x 10 kaki dan parking kereta 18 x 16 kaki. Bentuk rumah berubah. Tapi belum bercat lagi..
Monday, April 12, 2010
Kenangan Yang Tidak akan dilupakan.

Pemergiaan Dik Ah amat memilukan. Tapi abah dan mama tahu, Allah hanya meminjamkan Dik Ah selama 8 tahun sahaja kepada kami. Walaupun dah setahun setengah pemergiaan Dik Ah, tapi abah rasakan baru sehari. Segala karenah dan kaletah Dik Ah masih terasa dan tidak mudah abah dan mama lupakan. Abah tahu Dik Ah seorang yang sangat tabah. Dik Ah tak pernah merungut semasa menjalani rawatan leukimia. Abah tahu rawatan luekimia terlalu menyakitkan. Setiap pagi perlu diambil darah di jari atau pada urat tangan. Abah juga tahu bagaimana Dik Ah takut semasa rawatan IT. ( cucuk ubat ditulang belakang ). Abah masih ingat Dik Ah pegang tangan Abah sebelum Dik Ah dipengsankan. Abah juga tidak lupa , perkataan yang biasa Dik cakap pada abah apabila Dik Ah sedar selepas rawatan IT. ( Muka abah petak-petak macam komputer ). Tapi ketabahan Dik Ahlah yang memberikan abah semangat. Ada kalanya abah teringat sewaktu bersama Dik Ah di PPUM, Hosp.Ipoh, semasa abah membawa dik ah ke PPUM dan ke Hosp. Ipoh dan semasa Abah menjaga Dik Ah dirumah bersama Dik Nit. Abah juga tidak lupa bagaimana seronoknya Dik Ah apabila dapat balik ke rumah selepas rawatan di PPUM dan Hosp. Ipoh. Ada waktu-waktunya abah berharap Dik Ah kembali. Tapi abah tahu, perkara itu takkan berlaku. Cuma abah harapkan Dik Ah tunggulah Abah dan Mama dipintu syurga. Setiap hari Abah dan mama sedekahkan Dik Ah dengan fatihah, selawat nabi dan bacaan Yassin. Abah sangat risau jika Dik Nit atau kak ngah atau kak yong sakit..Abah terlalu takut kehilangan lagi...
Saturday, January 23, 2010
genap setahun pemergian nurul nabihah
Hari tepat pukul 10.20 pagi anak ketiga kami Nurul Nabihah ( Dik Ah) genap setahun meninggalkan kami. Semalam lepas mahgrib aku bacakan tahlil untuk Dik Ah. Pagi ini lebih kurang pukul 10 kami sekeluarga ( Abah, mama,kak yong, kak ngah dan diknit )sampai ke tanah perkuburan tanjong. Baca yassin dan baca doa tahlil serta membersihkan kubur dik ah dan apak seperti biasa. Kami sedih tapi kami redho dengan apa yang berlaku. Abah dan mama serta Kak Yong, Kak Ngah dan Dik Nit doakan semoga Dik Ah damai disisi Tuhan yang Esa. Abah dan mama akan datang menyusul kemudian. Pemergiaan Dik Ah amat perit untuk Abah dan mama terima. Tapi apakan daya Tuhan lebih menyayangi Dik Ah. Setiap hari Abah dan mama akan sedekahkan dik ah dengan Fatihah dan sebagainya.
Saturday, January 2, 2010
menjadi tetamu Allah...................







Setelah 295 hari anakku Nurul Nabihah pergi kerahmatullah. Tepat jam 9.oo pagi 14 november 2009 aku bersama isteriku Farial bertolak meninggalkan bumi Malaysia pergi ke Mekah dan Madinah menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan Haji dan Umrah. Kami pergi dengan Kapal terbang Saudi Air (SV5011 ). Aku sendiri tidak menjangka akan menjadi tetamu allah dalam masa yang terlalu singkat sedangkan sebenarnya pada awal tahun lalu simpananku di Tabung Haji tinggal RM 3,000 lebih sahaja. Logiknya nak beli tiket kapal terbangpun tak lepas. Aku rasa itulah anugerah Allah yang tidak ada siapapun boleh menjangkakan.
Seperti dalam akhir doa Yassin yang bermaksud " Mahasuci Zat yang menghilangkan segala kehinaan; Mahasuci Zat yang menghilangkan segala kedukaan; Mahasuci zat yang melepaskan dari segala hutang: mahasuci zat yang memerintahkan apabila mengkehendaki sesuatu hanya berkata KUN maka jadilah ia... Allah maha besar dan maha kuasa. Setelah setahun aku diuji melalui anakku Nurul Nabihah ( Mula ada simptom Sakit leukimia pada akhir bulan satu 2008 dan akhirnya meninggal dunia pada 24 Januari 2009) beberapa bulan kemudian aku dijemput menjadi tetamu Nya beribadat dihadapan Baitullah mungkin sebagai pengubat kepada pemergian Dik Ah. Hanya allah yang maha mengetahui.....
Aku dan Farial berada disana selama 40 hari. Kami balik ke Malaysia pada 23/12/09 dan tiba dirumah pada 24 /12/ 09 lebih kurang pukul 8.40pagi. Orang yang paling seronok kami balik adalah Dik Nit. Perkataan pertamanya apabila bertemu aku adalah " seronoknya dapat abah". Sampai hari ini dia masih takut apabila aku atau mamanya keluar rumah.. Pengalaman semasa mengerjakan Haji dan Umrah taktahu aku nak ceritakan, cuma aku boleh letakkan gambarnya saja nilailah sendiri...
Monday, November 2, 2009
Panggilan Haji dan Dik nit dapat periksa no.3.
Semalam pg berkursus haji terakhir dengan Uz Ismi. Tabung Haji menyatakan nama dah masuk list dapat pergi haji cuma tak tahu lagi tarikh penerbangan. Surat pakej menyatakan tarikh pg ke Mekah hari Sabtu 14/11 jam 1.30 pagi. Daftar di Kelana Jaya pukul 9.30mlm 13/11 terus ke Khemah mitra kembara. Keme bercadang naik bas utk pergi ke kelana jaya dan balik pun dengan bas. Tambangnya udah bayo RM100 seorang. Senang tak payah deme nganto. Risau juga perjalanan deme balik nanti. Lagi pun anak-anak seperti kak ngah yang comel pukul 10.00 udah tidur. Dik Nit lagi awal tidur. Persediaan dah 80% dibuat.
Saturday, October 24, 2009
Doyan dah luruh.
Pagi tadi selepas menziarahi kubur Dik Ah, keme sekeluarga pergi nengok doyaN. Rupanya doyan di Tanjong dah mula luruh. Dapatlah 6 biji doyan gajah dan 4 biji doyan tepi tanah Pakcik Arih, sebelah doyan miskin. Lepas cari doyan, nebaih dengan Bacit dan Mi. MeNebas tak boleh pakai mesin sebab banyak pokok kayu. Terpaksa pakai Pisa Ladin. Rasa nak tumpo nebasnya. Semaknya lagi tebal dari dulu. Masa keme nebas, Suruh Kak Yong dengan Farial angkut doyan ke kereta. Sekali angkut aje, lepas itu udah tak lalu. Doyan tak sebanyak dulu. Tapi doyan pokok baru dah mula berbuah, Buah Langsat muda lagi. cempedak pun ada. Doyan Chu ada sepokok dah luruh, tapi jadi habuan babi aje. Tak ada sape nak ngirakan. Balik keromah Kak yong terus tido letih sangat. Dik Net relax aje. Farial pun gaduh lenguh kaki. Aku kabo pada deme , itulah rasanya selama hari ini, macam mana keme ngambik doyan di Tanjong. Minggu depan arus banyak luruhnya. Dalam minggu ini aku rasa pelik, Aku sentiasa teringat kepada arwah Dik Ah. Samada masa dia kecik, masa dia bersekolah darjah satu ataupun masa dia di Hospital dan juga masa dia sakit seminggu sebelum dia pergi...Aku sedih juga apa yang terjadi pada Jap. Tapi aku rasa itulah tindakan dia yang paling betul walaupun pedih. Harap dia meneruskan kehidupan seperti biasa dan cari segera pengganti yang lebih baik dan elok dari yang sebelumnya.
Wednesday, October 21, 2009
klim ubat dan Haji
Setelah bertungkus lumus minta kerani KPM panjangkan permohonan klim ubat akhirnya permohonan itu diluluskan. Episod seterusnya berhubung terus dengan unit tadbiran JPN untuk prosedur di JPN Perak pula. Masa itu baru kerani sekolah nak bertanyakan pasal klim itu dan cuba menakut-nakutkan aku kalau buat sendiri Klim itu lambat dapat, tahun depan tak tentu lagi.. Katanya kalau nak sekolah hantarkan boleh tapi dia sibuk, tak boleh nak buatkan. Mungkin awal tahun depan baru dapat. Tapi aku faham maksudnya..... Ada yang tersirat disitu maklum ajelah segala yang aku klim dah diluluskan Aku dapat semua RM 23,000 yang aku klim. Aku terus jawab pada dia, dia tak perlu susah-susah segala klim aku akan buat sendiri sampai aku dapat duit itu. Selepas aje dapat surat dari JPN aku terus buat dan hantar pada CC untuk buat baucher dan petang Jumaat 9 Oktober 2009 aku hantar sendiri ke Unit Kewangan 3 JPN Perak. Pada 16 Oktober 2009 masa nengok doyan di Tanjong dapat mesej memberitahu Duit RM 23 000 dah masuk dalam akuan aku. Seminggu sahaja.... Kalau dengo cakap kerani itu entah bila baru aku dapat duit tu. Lepas ini nak bayar pada Bamat,duit keluarga yang dipinjam untuk beli ubat rituximab.
Aku dan Farial dah kursus perdana Haji di INTIM Ipoh selama 2 hari semalam pada 10 dan 11 Oktober. kemudian cucuk ubat selsema pada 15 Okt. Kira dah ready untuk pergi walaupun calon standby. Mak pun udah beriya macam keme dah jadi pergi. Tadi 21 okt dapat sms dari darul mubarak syarikat pakej haji menyatakan harapan nak pergi haji tipis. Sebab visa haji masih belum diluluskan oleh kerajaan arab saudi. Tapi bila tanya sendiri dengan tabung haji deme kata tunggu dulu sebabnya jemaah haji muasassah pun ramai lagi yang tak dapat visa.
Aku dan Farial dah kursus perdana Haji di INTIM Ipoh selama 2 hari semalam pada 10 dan 11 Oktober. kemudian cucuk ubat selsema pada 15 Okt. Kira dah ready untuk pergi walaupun calon standby. Mak pun udah beriya macam keme dah jadi pergi. Tadi 21 okt dapat sms dari darul mubarak syarikat pakej haji menyatakan harapan nak pergi haji tipis. Sebab visa haji masih belum diluluskan oleh kerajaan arab saudi. Tapi bila tanya sendiri dengan tabung haji deme kata tunggu dulu sebabnya jemaah haji muasassah pun ramai lagi yang tak dapat visa.
Subscribe to:
Posts (Atom)