Wednesday, October 21, 2009

klim ubat dan Haji

Setelah bertungkus lumus minta kerani KPM panjangkan permohonan klim ubat akhirnya permohonan itu diluluskan. Episod seterusnya berhubung terus dengan unit tadbiran JPN untuk prosedur di JPN Perak pula. Masa itu baru kerani sekolah nak bertanyakan pasal klim itu dan cuba menakut-nakutkan aku kalau buat sendiri Klim itu lambat dapat, tahun depan tak tentu lagi.. Katanya kalau nak sekolah hantarkan boleh tapi dia sibuk, tak boleh nak buatkan. Mungkin awal tahun depan baru dapat. Tapi aku faham maksudnya..... Ada yang tersirat disitu maklum ajelah segala yang aku klim dah diluluskan Aku dapat semua RM 23,000 yang aku klim. Aku terus jawab pada dia, dia tak perlu susah-susah segala klim aku akan buat sendiri sampai aku dapat duit itu. Selepas aje dapat surat dari JPN aku terus buat dan hantar pada CC untuk buat baucher dan petang Jumaat 9 Oktober 2009 aku hantar sendiri ke Unit Kewangan 3 JPN Perak. Pada 16 Oktober 2009 masa nengok doyan di Tanjong dapat mesej memberitahu Duit RM 23 000 dah masuk dalam akuan aku. Seminggu sahaja.... Kalau dengo cakap kerani itu entah bila baru aku dapat duit tu. Lepas ini nak bayar pada Bamat,duit keluarga yang dipinjam untuk beli ubat rituximab.

Aku dan Farial dah kursus perdana Haji di INTIM Ipoh selama 2 hari semalam pada 10 dan 11 Oktober. kemudian cucuk ubat selsema pada 15 Okt. Kira dah ready untuk pergi walaupun calon standby. Mak pun udah beriya macam keme dah jadi pergi. Tadi 21 okt dapat sms dari darul mubarak syarikat pakej haji menyatakan harapan nak pergi haji tipis. Sebab visa haji masih belum diluluskan oleh kerajaan arab saudi. Tapi bila tanya sendiri dengan tabung haji deme kata tunggu dulu sebabnya jemaah haji muasassah pun ramai lagi yang tak dapat visa.

Thursday, October 8, 2009

Panggilan Haji makin dekat.

Minggu lepas keme dah cucuk wajib utk Haji. Tadi sampai surat untuk cucuk seasonal influenza pada 15 okt. Khamis depan. Hari Sabtu dan Ahad ini kena pergi ke Kursus perdana seluruh Perak di Masjid Sultan Azlan Shah di Jalan Dairy sebelah INTIM. Ini latihan pertama meninggalkan Dik Nit dan Kak Ngah di rumah Bacit sebab keme kena tido di INTIM. Cadangnya nak pergi dengan kereta Kancil aje.

Hari Rabu semalam dapat beg dari Mubarak Travel setelah bayo semua duit untuk pakej dema. Kata kerani itu insyaallah kemungkinan beso dapat pergi. Tapi tak tau lagi penerbangan keberapa. Mungkin dalam bertengah bulan sebelas. Tapi 1 /11 ini kursus haji dengan mubarak travel pula di Parit selama sehari. Pergi ke Kelana Jaya mungkin dengan bas yang disediakan Mubarak travel dari Seri Iskandar. Farial suruh aku mula bersenam untuk latihan semasa berada di Mekah dan Madinah.

Tadi hantar surat klim ubat Dik Ah ke pejabat. KPM dah lulus. Tinggal nak dapat duit aje lagi. Kalau dapat sebelum pergi Haji lagi cantik. Boleh selesaikan Hutang beli ubat Dik Ah dulu. Kerani sekolah mula nak ngenden, dulu deme tak sio muatkan. Katanya susah sangat muatnye. Bila aku buat sendiri dan berjaya baru nak menempek. Ingatnya aku dapat untung kut. Semua RM 23 000 yang keme gune beli ubat dan rawatan Dik ah dah lulus untuk klim. Esok kalau siap semua sain menyain boleh terus hantar ke bahagian kewangan JPN.

Friday, October 2, 2009

Tawaran pergi Haji

Pada 29 September 2009. Aku menerima talepon dari TH Bota, bertanyakan setuju ke tidak jadi calon standby utk pg haji tahun ini. kalau setuju ambik surat pagi esoknya dan terus buat passport antarabangsa. Pagi Selasa aku dan Farial pg TH Bota . Org Beso Gemuk sore kuat tu bgi surat. Lepas itu pg cuci gambo dan pg imegresen di Manjung. Pukul 10.40 sampai disana, pukul 1.00 dapatle passport. Ptg tu bagi psspot pada TH Bota untuk urusan buat Visa HJ pula. Esoknya buat pemeriksaan kesihatan pada Klinik Najihah. Org TH yang syorkan kerana lebih cepat. Hari Khamis pukul 11.00 Klinik Najihah telipon pg Cucuk N1H1. Ingatkn keme berdua aje, rope org lain pun ramai juga bercucuk pada waktu itu. semuanya calon standby. Sekali cucuk kena RM 220 utk berdua. Hari Jumaat darul Mubarak Tel suruh bayar duit kala nk pg ikut pakage. RM 14,000 kpd TH dan 16,000 pd deme utk keme berdua. Kalau ikut muassasah cuma RM 9,800 aje seorang . tapi tak confirm dapat. Ptg Jumaat Farial ajak ke KK utk beli barang kelengkapan dia utk pg Haji. Duit udah sapan.. Mujur ada duit lain, pinjam dulu dalam seratus lebih. Di KK aku sakit perut. Deme aje yang shoping aku dgn Dik Nit tunggu dlm kereta. Sampai balik, sakit perut.

Thursday, August 27, 2009

Klim bayaran ubat untuk allahyarham Dik Ah.

Tadi aku menalipon Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertanyakan status klim yang dikirim dari KPM. Deme menyatakan surat balasan kepada KPM telah dihantar pada 30 Julai 2009 sehari selepas KPM hantar surat ke KKM. Begitu cepat deme bertindak. Tapi bila surat itu dihantar untuk tindakan seterus oleh KPM nampaknya sampai sekarang lebuh aje. Talipon pun tk berjawab.Begitulah teruknya orang Kementerian Pelajaran Malaysia bertindak.
Permohonan aku yang dibuat melalui JPN Ipoh mengenai Klim ubat Dik Ah terperap selama 8 bulan di KPM, Putrajaya. Bila ditalipon buat-buat terkejut, konon udah berbuat. Tapi bila diminta surat bukti kata udah hantar. Tapi bila diberitahu pihak JPN pun tak terima surat barule ngaku deme tak buat apa-apa.
Boss deme Puan Zainun, bukan main hebat menegakkan benang basah kononnya deme tahu kalau tak buat koje haram gaji deme. Apabila kerani menyiapkan segala dokumen untuk dihantar ke KKM dan letak atas meja dia, haram di sainnya. Nasib baik aku talipon, baru kerani itu tengok balik atas meja sibongok tu. Benda itu dah diletak atas mejanya dah 2minggu. Tapi apah tak dibuatnya. Perkara yang paling senang pun tak boleh selesai. Kokeh aje tempat sain tu. Kena cari pegawai yang lain pula untuk nyain. Lepas ini tahu berapa lama pula baru selesai..

Sunday, August 16, 2009

Penawar H1N1

Penawar HINI kata orang..
1. Makan buah tamar 3 biji yang direndam dalam ayo nyo mude. lepas tu minum ayo nyor muda. Sebelum minum dan makan selawat 3 kali. mengikut yang empunya cerita ini petua dari dato harun Din.
2. Banyakkan makan epal hijau dan oren sunkits.
3. Minum jus epal hijau dan jus oren.
4. Minum minuman beralkali seperti air mineral atau air dari nano can. ( boleh beli pade keme ).

Pergi kenduri kahwin haikal.

Bertolak jam 3.15 petang dari romah. Bersama Yup sekeluarga, kak sekeluarga dan keme sekeluarga. Bacit juga bertolak dari romahnya pukul 3.15. Bacit jumpa konvoi keme di Selat Pulau, dia bawa kereta barunya. Kak dan abang awie bawak kereta kancil keme. Keme lalu ikut eyo. Berenti sembahyang asor di masjid yang aku dan dik ah selalu berenti sembahyang. Cereta pada Farial dan kak yung dimana dik ah selalu duduk bila aku solat asor. Dia selalu ngintai budak sekolah rakyat didepan mesjid itu belajor dan buat perhimpunan.. Tapi hari tu sekolah tutup. Sedih juga bila teringat masa berenti solat disitu dengan Dik ah. Tapi nasib baik suasana masa itu berlainan dari tahun lepas. Yup berkabo dia dah lapo sebab tengahari belum makan. Keme berenti makan di satui gerai di Kuala Selangor. habis makan dah pukul 6.45 ptg. terus ke romah Nyah. sampai udah malam sempat solat jamak taqdim. Lepas makan dalam pukul 11.00 keme sekelurga pergi romah Bamat. deme taknak ikut. Pagi pergi romah Nyah dan bersiap nak ke DBP tapi tak tau jalan. Nasib Jaapo ada dia bawa lalu ikut lebihraya keluar di jalan Duta. Masa nak bayo tol dijalan duta tetiba aku teringat sekali lagi pada Dik Ah sebab dia selalu keluarkan Duit dari dabai aku, tanya aku berapa tol dan dia kira duit cukup-cukup lepas itu dia bagi aku duit itu ataupun dia sendiri nak bagi pada jurutol. Aku cuba tahan diri aku. Tapi lepas bayo tol dan berenti belakang kereta Jaapo, aku rasa sayu sangat. Masa ngeko kereta Bamat, air mata aku terkeluo juga. tambahan pula, jalan yang keme lalu, pernah aku lalu masa berulang ke PPUM dengan Dik Ah. Sampai di DBP keme tak tau ke mane nak pergi. Jenuh mencari dewannya. Buat persiapan dengan semua adik beradik untuk majllis kahwin Haikal. Majlis kenduri agak kelam kabut pada mulanya tapi lepas tuko lap top Meran, baru majlis berlangsung dengan lancar. Lepas kenduri pergi ke romah Yang. Solat asor di sana.lepas itu pergi romah Nyahsemula sebab malam tu dia buat kenduri di romah. Lepas kenduri keme adik beradik mesyuarat pasal tanah Cangkat Panco. Keputusannya tanah itu diserahkan kepada Yup. dan hasilnya akan dibahagikan sama banyak. Kalau sesape nak mukai tanah. Boleh dibuat selagi Yup masih ada. Pagi tu balik ke Seri Iskandar. Singgah di kolam ayo panas.ingatkan nak tengok dan rendam kaki dalam kolam. ropenya mahal meno kena bayo. pikio2 tak jadi sebab tak berbaloi untuk setengah jam disitu.

Lawatan Ke Terengganu & Kelantan.

Pada 30 haribulan pada pukul 10 malam kak ngah bertolak ke Kuala Terengganu.Kak ngah bertolak ke sana dengan bas yang boleh tahan la.Tapi nasib baik ada aircond, kalau tak de, tah le nak cakap ape pun tak tau.Kitorang(kak ngah & friend) samapi ke Kuala Terengganu kira-kira pada pukul 8.30 pagi.Kak ngah tidur kat homestay. Rumah banglo pulak tuh kan syok. waktu sampai kat sana terus bukak kasut sebab nak bilik best punya pasal.bila naik jer terus lari cari bilik pastu dapat la master bedroom besar giler.Masuk jer bilik tuh terus campak beg halang pintu nak masuk kene pilih dulu.Orang yang duduk sebilik ngan kak ngah ialah Madi,Putri,Hanan,Amirah,Sara,Tasha,Mira,Wan,Diana,Alia & Khairul.Kat sana semua lengkap (dalam bilik tu je lah).Dalam bilik tu ada TV,almari besar,aircond,katil,bilik airhanger and almost everything.Dalam bedroom tu ada bilik lagi tapi bilik tu agak kecik la.Sebab kak ngah yang jaga bilik tu kak ngah la yang teteap kan sape yang tidur kat tempat besar dan sape yang tidur kat bilik kecik.Yang duduk bilik kecik tu 6 orang muat tau.Kat tempat besar ada TV tu 6 orang gak.Dalam bilik kecik ada 1 katil tapi ada 3 tilam.Dalam bilik besar plak ada 2 katil ad aircond ada tempat solek ada tandas ada almari dsbn.Kat Terengganu kak ngah pegi pasar payang,Noor arfa butik,pantai batu burok, masjid terapung an yang paling best masjid kristal....!!!
pastu kat dalam cantik.Ni gambar lampu dier cantik kan. kat sana kak ngah solat maghrib ngan isya'.Aircond die kat bawak pastu kitorang main la.baju terapung-apung.